Monday 9 April 2012

TINGKATAN 4 : BAB 2 UNSUR PERDAGANGAN


BAB 2 :  UNSUR PERDAGANGAN
 

Maksud Perdagangan   

-         agihan barang
-         daripada pengeluar ke pengguna

Maksud Perniagaan  
-         jual beli barang
-         dapat untung

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan


PERDAGANGAN
PERNIAGAAN
1.  merupakan cabang pengeluaran
1.  merupakan cabang perdagangan

2.  agih barang
2.  beli dan jual barang
3.  tujuan agih barang
3.  tujuan dapat untung
4.  daripada perniagaan dan bantuan perniagaan
4.  terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa


Peranan Bank  

-         Ada kemudahan pembayaran
seperti cek, pindahan kredit
-         Ada  kemudahan simpan wang
seperti akaun simpanan, akaun semasa
-         Beri modal
melalui pinjaman / overdraf
-         Beri khidmat nasihat
-         Lain-lain perkhidmatan seperti:
·                     pertukaran matawang asing
·                     cek kembara              
·                     peti simpanan selamat         

Peranan Insurans  
-         Beri perlindungan
daripada risiko yang boleh diinsuranskan
seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
-         Bayar premium
dapat gantirugi
dapat memulihkan kepada kedudukan asal
-         Berniaga lebih yakin
berani kembang perniagaan
-         Wujudkan peluang perniagaan
-         Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

 

Peranan Pengangkutan  

-         Bawa barang
dari tempat lebih ke tempat kurang
selaras permintaan dan penawaran
stabilkan harga
-   Edar barang ke merata dunia
pasaran lebih luas
pilihan pengguna banyak
-          Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
-          Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
-          Elakkan pembaziran
-         Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
-         Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
-         Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
-         Galakkan penyebaran sains dan teknologi
-         Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

 

Peranan Pergudangan  

-         Pengeluaran besar-besaran berterusan
-         Simpan bekalan berlebihan
bekalan berterusan
-         Selaraskan permintaan dan penawaran
stabilkan harga
-         Kerja akhir dapat dilakukan
seperti menimbang, membungkus.
-         Penyetoran sejuk elakkan barang rosak
seperti daging, buahan
-         Lindungi risiko kecurian / selamat
-         Sedia tempat pamer barang
boleh periksa barang sebelum beli
dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
-         Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

 

Peranan Promosi 

-         Perkenalkan barang
-         Beri maklumat
     pengguna mudah pilih
-         Wujudkan permintaan
pujuk pengguna beli
-         Tingkatkan daya saing
-         Didik orang ramai guna barang
-         Tingkatkan jualan / untung
-         Tingkatkan imej barang / syarikat
-         Meluaskan pasaran

 

Peranan Komunikasi  

-         Hubungi pembekal / pelanggan
secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)
-         Sampaikan maklumat / pesanan
-         Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
-         Urusniaga cepat
melalui  teleks , telefon
-         Agihan tepat pada masanya
-         Memudahkan promosi
meningkatkan jualan / untung
-         Luaskan pasaran
-         Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
-         Kurangkan risiko kerugian / kerosakan

 

Perkaitan antara Pengeluaran , Perdagangan dan Perniagaaan  
-         Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan
     untuk puaskan kehendak manusia
-         Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran
     seperti  buruh, modal, tanah dan usahawan
-         Barang perlu agihkan ke pasaran
     maka ia perlukan perdagangan
-         Perdagangan ialah proses agih barang
dari pengeluar kepada pengguna
-         Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan bantuan perniagaan
-         Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat untung
-         Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans, pengangkutan dan komunikasi
-         Perniagaan adalah cabang perdagangan
-         Perdagangan adalah cabang pengeluaran