Monday 9 April 2012

TINGKATAN 5 : BAB 5 PERGUDANGAN


BAB 5 :   PERGUDANGAN
MAKSUD
i.                     Aktiviti penyimpanan dan penstoran barang-barang di tempat yang sesuai dan selamat sehingga barang-barang berkenaan diedarkan ke pasaran
ii.                    Gudang biasanya terletak di lapangan terbang, stesen kereta api, pelabuhan atau di tempat pengeluaran, pemborong dan peruncit.

 

PERANAN PERGUDANGAN

1.        Pengeluaran secara besar-besaran dapat dijalankan
Pengeluar dapat mengeluarkan barang-barang dalam kuantiti yang banyak sebelum ianya di minta oleh pembeli, sementara menunggu permintaan dan jualan, barang tersebut boleh disimpan di dalam gudang
2.        Bekalan barang terjamin sepanjang tahun
Sesetengah barangan terutamanya barang pertanian dikeluarkan secara bermusim.  Bagi memenuhi permintaan yang berterusan, barangan tersebut akan disimpan dalam gudang dan dikeluarkan sedikit demi sedikit sepanjang tahun.
3.        Menstabilkan harga barang
Pergudangan membantu menstabilkan harga barang-barang dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan  barang-barang, iaitu barangan yang berlebihan disimpan dalam gudang dan dikeluarkan apabila terdapat kekurangan di pasaran.
4.        Tempat menyimpan barang secara selamat
Barang-barang yang disimpan dalam gudang dilindungi daripada cuaca buruk.  Disamping penggunaan peralatan yang canggih seperti alat penggera yang boleh menjamin keselamatan barang di dalamnya.
5.        Memudahkan perniagaan entrepot
Dengan adanya gudang berbon, membolehkan barang-barang yang diimport untuk dieksport semuala disimpan dalam gudang.  Ia dapat membantu peniaga entrepot daripada membayar duti import
6.        Barang dapat dipamerkan
Barang-barang yang terdapat dalam gudang boleh dipamerkan supaya pembeli dapat memeriksa barangan sebelum membeli, contoh gudang bayar dan bawa
7.        Membolehkan kerja-kerja akhir dilakukan
Sebelum barang-barang dijual kepada peruncit, gudang boleh dijalankan tempat memecah pukal serta melakukan kerja-kerja akhir seperti menggred, menimbang, membungkus dan menjenamakan barang.
8.        Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang-barang.
Barang-barang yang tidak tahan lama dan berlebihan seperti hasil pertanian boleh disimpan di dalam gudang penstoran sejuk.  Keadaan ini dapat mengelakkan kerosakan dan pembaziran barang-barang.

 

JENIS-JENIS GUDANG

Gudang dibahagikan kepada
a.        gudang persendirian, terdiri daripada gudang peruncit, gudang pemborong, penstoran sejuk, gudang pengilang, dan gudang bayar dan bawa
b.        gudang awam
c.        gudang kerajaan
d.        gudang berbon
1.        Gudang peruncitan
Dimiliki oleh peruncit besar-besaran untuk menyimpan barang-barang yang dibeli secara pukal daripada pengeluar.  Seperti pasar raya, gedung aneka jabatan dan kedai sejaras.  Mereka akan melakukan kerja-kerja akhir dan memecah pukal dalam gudang tersebut.
2.        Gudang pemborong
Dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan barang-barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang atau pengeluar.  Pemborong akan melakukan kerja-kerja akhir dalam gudang tersebut.
3.        Penstoran sejuk
Gudang yang dilengkapi dengan alat hawa dingin.  Ia digunakan untuk menyimpan barang-barang yang tidak tahan lama seperti buah-buhan, sayur-sayuran, daging dan ikan
4.        gudang pengilang
Dimiliki oleh pengilang untuk menyimpan bahan mentah dan separuh siap yang digunakan dalam proses pengeluaran serta menyimpan barang-barang siap
5.        Gudang bayar dan bawa
Dikendalikan oleh pemborang untuk menjual barang-barang secara pukal kepada peruncit dengan harga yang murah.  Jualan dilakukan secara layan diri.  Peruncit terpaksa menyediakan sendiri pengangkutan dan perlu membayar secara tunai
6.        Gudang awam
Dimiliki oleh kerajaan atau pihak swasta untuk menyimpan barang-barang yang tidak dikenakan cukai atau cukainya telah dijelaskan.  Ia terletak di pintu masuk sesebuah negara.  Gudang ini turut disewakan kepada peniaga-peniaga
7.        Gudang kerajaan.
Dimiliki oleh kerajaan yang diletakkan di bawah badan-badan tertentu seperti FAMA dan LKIM.  Gudang ini akan disewakan kepada peniaga untuk menyimpan barang-barang mereka.
8.        Gudang berbon.
Untuk menyimpan barang-barang yang dikenakan duti tetapi dutinya belum dibayar.  Gudang berbon terdiri daripada
Gudang kastam- dimiliki kerajaan di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais dan
Gudang berlesen dimiliki oleh pengusaha tetapi di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais.  Perkhidmatan gudang ini memudahkan perniagaan antara bangsa

KEPENTINGAN GUDANG BERBON KEPADA

 

Pengimport

1.        Membolehkan pembayaran duti ditangguhkan
Duti dibayar apabila barang tersebut dikeluarkan daripada gudang.  Oleh itu jumlah modal kerja yang terikat pada barang-barang dapat dikurangkan
2.        Membolehkan kerja-kerja akhir dilakukan.
Pengimport boleh memecah pukal, menggred, membungkus, menjenama dan sebagainya ke atas barang-barang yang disimpan dalam gudang.
3.        Memudahkan barang dijual.
Barang-barang dalam gudang boleh dijual oleh peniaga secara sekali gus atau sedikit-sedikit dan pembeli yang akan membayar cukai import tersebut.
4.        Membantu perniagaan enterpot. 
Gudang ini boleh menyimpan barang-barang yang diimport untuk dieksport semula.  Ini dapat mengelakkan peniaga daripada membayar duti import.

 

Pengeksport

1.        Menyelesaikan masalah pergudangan.
Boleh menyimpan barang-barang yang hendak dieksport sementara menunggu di dipunggah ke dalam kapal.
2.        Mengelakkan modal kerja terikat kepada duti.
Meringankan beban kewangan perngeksport kerana duti eksais tidak perlu dibayar apabila barang-barang buatan tempatan yang akan dieksport disimpan dalam gudang ini.
3.        Membantu perniagaan enterpot. 
Membantu pengeksport menjalankan perniagaan entrepot.  Kerana barang-barang yang diimport boleh dieksport semula tanpa membayar duti.  Sementara itu, pengeksport boleh melakukan kerja-kerja akhir ke atas barang import yang hendak dieksport semula.

Kerajaan.
1.        Memudahkan pengutipan cukai.
Barang-barang hanya boleh dikeluarkan apabila cukai dijelaskan, ini dapat mencegah sebarang pengelakan duti kastam.
2.        Memudahkan pemeriksaan barang import.
Pihak Jabatan Kastam dan Eksais dapat mengawal dan memeriksa barang yang diimport.  Ini memudahkan kawalan ke atas kemasukan barang-barang haram atau yang tidak dibenarkan.
3.        Mencegah pengelakan duti kastam.
Barang –barang yang diimport perlu disimpan dalam gudang berbon sehingga dutinya dijelaskan.  Keadaan ini dapat mencegah pengelakan duti kastam oleh pengimport.
4.        Memudahkan data-data perniagaan dikumpulkan.
Membolehkan kerajaan mengumpul maklumat atau data-data barang-barang import dan eksport.  Ini memudahkan pihak kerajaan menyelaraskan import dan eksport negara.

 

PERBEZAAN ANTARA GUDANG BERBON DENGAN GUDANG-GUDANG LAIN

Gudang berbon

1.        gudang dimiliki oleh kerajaan dan pemilik swasta
2.        gudang berbon menyimpan barang-barang import dan eskport atau barang-barang diletakkan dalam bon
3.        gudang berbon menyimpan barang-barang yang dikenakan duti tetapi dutinya belum dijelaskan.  Biasanya dimiliki oleh pengimport dan pengeksport.
4.        Gudang berbon dikuasi dan dikawal oleh Jabatan Kastam dan Eksais.
5.        Barang-barang dalam gudang berbon tidak boleh dikeluarkan sehingga dutinya dijelaskan.  Barang-barang dapat dikeluarkan apabila mendapat kebenaran atau dengan kehadiran pegawai kastam
6.        Biasanya gudang berbon terletak di pintu masuk negara, seperti pelabuhan, stesen kereta api dan lapangan terbang.
7.        Pemilik gudang perlu menandatangani perjanjian (bon) dengan Jabatan Kastam dan Eksais  untuk menjamin supaya barang-barang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjelaskan dutinya.

Gudang-gudang lain

1.        Gudang dimiliki secara persendirian oleh peruncit, pemborong dan pengilang
2.        Gudang-gudang lain menyimpan barang-barang keluaran tempatan, eksport dan import
3.        Gudang-gudang lain menyimpan barang-barang yang tidak dikenakan duti atau dutinya telah dijelaskan sebelum dijual oleh peniaga atau pengilan.
4.        Gudang-gudang dikuasai dan dikawal oleh pemilik itu sendiri.
5.        Membolehkan pemilik gudang mengeluarkan barang-barang pada bila-bila masa mengikut permintaan pengguna
6.        Gudang-gudang bebas diletakkan di mana-mana sahaja, asalkan dapat memberi kemudahan kepada pengguna.
7.        Pemilik gudang tidak perlu menandatangani perjanjian dengan Jabatan Kastam dan Eksais.  Membolehkan mereka tidak terikat dengan Jabatan Kastam dan Eksais.  Pemilik gudang hanya perlu mendapatkan lesen daripada kerajaan.

 

CIRI-CIRI GUDANG YANG BAIK

1.        Pengurusan dan sistem rekod yang baik
Gudang yang baik perlu mempunyai sistem rekod yang lengkap dan teratur, segala aktiviti keluar masuk barang direkodkan dalam buku stok ataupun komputer
2.        Keselamatan yang kukuh.
Barang-barang yang disimpan perlu dilindungi daripada risiko kerosakan, kebakaran dan kecurian.  Seperti menyediakan alat pencegah api, pengawal keselamatan dan alat penggera
3.        Kesesuaian gudang dengan barang.
Iaitu barang yang cepat rosak seperti daging perlu disimpan dalam gudang penstoran sejuk.  Sementara gudang berbumbung tanpa dinding sesuai untuk menyimpan kayu dan papan.  Hal ini dapat menjamin keselamatan barang.
4.        Ruang dan susunan barang
Setiap gudang perlu mempunyai ruang yang luas, membolehkan barang-barang disusun dengan teratur dan kemas seta memudahkan kerja-kerja akhir dilakukan dalam gudang tersebut.
5.        Alatan dan mesin yang canggih.
Membolehkan barang-barang disimpan dan dikeluarkan dengan mudah.  Kelengkapan khas seperti trak pengangkut, forklif dan troli digunakan untuk mengendalikan barang-barang dengan cepat, cermat dan selamat
6.        Lokasi yang strategi. 
Iaitu di tempat senang dihubungi oleh semua pihak yang terlibat.  Seperti pelabuhan, stesen kereta api dan lapangan terbang.

TINGKATAN 5 : BAB 4 KOMUNIKASI


BAB  4  :  NOTA KOMUNIKASI

DEFINISI
Proses penyampaian maklumat dan berita secara lisan ataupun secara bertulis

PERANAN

1.      Mempercepatkan urusan perniagaan
Komunikasi memudahkan urusan perniagaan.  Maklumat-maklumat dapat diperolehi dan disampaikan dengan cepat kepada peniaga-peniaga di merata-rata tempat.  Ini dapat membantu peniaga membuat perancangan dan persedian.
2.      Dapat mengetahui keadaan pasaran
Membolehkan peniaga mendapat maklumat mengenai keadaan pasaran di tempat-tempat lain.  Maklumat ini dapat membantu membuat keputusan penting
3.      Memperluaskan pasaran
Melalui penggunaan alat-alat komunikasi para peniaga boleh menerima maklumat dengan segera mengenai keadaan pasaran di tempat-tempat lain dan bertindak balas dengan mengeluarkan barang baru bagi memenuhi cita rasa para pengguna
4.      Mewujudkan sistem kewangan yang cekap
Melalui alat momunikasi seperti teleks dan telegraf, peniaga boleh berhubung dengan bank dan institusi kewangan bagi menyemak kedudukan kewangan, menguruskan pinjaman, dan mengarahkan bank melakukan sesuatu pembayaran.
5.      Memudahkan peniaga mengetahui cita rasa pengguna
Dapat menyampaikan perubahan cita rasa dan permintaan pengguna ke atas sesuatu barang.  Ini memudahkan peniaga merancang keluaran mengikut perubahan cita rasa dan permintaan pengguna.
6.      Memudahkan promosi
Dapat memaklumkan orang ramai tentan sesuatu keluaran, iaitu dengan siaran radio dan televisyen, interner, surat khabar, poster dan lain-lain
7.      Memudahkan kawalan perniagaan
Membolehkan peniaga menyampaikan maklumat, arahan dan dasar dengan segera dari ibu pejabat ke cawanganya di merata tempat.
8.      Mengurangkan kerosakan dan kerugian
Perkhidmatan komunikasi membolehkan mesej mengenai sesuatu kecemasan dizampaikan dengan segera, dan ini dapat mengurangkan risiko kerosakan dan kerugian.

PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

1.      Perkhidmatan komunikasi terdiri daripada:
  1. Perkhidmatan Penyiaran
Memainkan eranan yang penting kepada peniaga kerana membantu mereka memperkembangkan perniagaan melaui penyiaran iklan
  1. Perkhidmatan Pos
i.                    Perkhidmatan pos disediakan oleh Pos Malaysia Berhad.
ii.                  Pos Malaysia Berhad menyediakan tiga perkhidmatan, iaitu perkhidmatan mel, perkhidmatan kaunter dan perkhidmatan lain
iii.                Perkhidmatan mel terdiri daripada mel biasa dan mel khas
iv.                Perkhidmatan kaunter terdiri daripada perkhidmatan jualan, perkhidmatan bayaran dan perkhidmatan agensi
v.                  Perkhidmatan lain terdiri daripada mesin franking, peti surat persendirian, pos renti, serahan tingkap, dan lain-lain
  1. Perkhidmatan telekom
i.                    dikendalaikan oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad
ii.                  Ia menyediakan dua jenis perkhidmatan iaitu lisan dan bercetak.
  1. Perkhidmatan kurier
Perkhidmatan penghantaran barang, dokumen dan mel dengan segera

PERKHIDMATAN POS

Terdiri daripada perkhidmatan mel, perkhidmatan kaunter dan perkhidmatan lain/tambahan
a.      Perkhidmatan mel
Terdapat dua jenis perkhidmatan mel  iaitu mel biasa dan mel khas
i.                    Mel Biasa
Cara pengiriman termurah, yang sesuai untuk mengirim surat, bahan bercetak dan oposkad.  Pihak pos tidak membayar ganti rugi jika mel didapati hilang.
ii.                  Mel khas
Untuk mengirim surat, dokumen dan bungkusan yang penting dengan selamat dan segera.  Mel khas terdiri daripada:-
a.      Mel Berdaftar
Sesuai untuk mengirim dokumen penting dan dijamin keselamatannya oleh pihak Pos Malaysia Berhad. Mel ini akan direkod dan pengirim diberi satu resit pengakuan penerimaan.
b.      Mel udara
Ia dikirimkan melalui kapal terbang dan lebih cepat daripada mel biasa kerana dikenakan bayaran yang lebih tinggi
      Mel udara terbahagi kepada 3 jenis iaitu mel udara kelas satu, mel udara kelas dua dan Aerogramme
i.                    Mel udara kelas 1 meliputi surat, poskad dan bungkusan kecil.  Bayaran pos bagi mel ini lebih mahal
ii.                  Mel udara kelas 2 Meliputi bahan bercetak, majalah bungkusan dan surat khabar.  Bayaran pos bagi mel ini lebih murah
iii.                Aerogramme surat udara ringan iaitu sekeping kertas nipis berwarna biru yang berharga 50 sen.  Ia boleh dikirimkan kemana-mana gegara dengan setem 40 sen sahaja.  Aerogramme tidak boleh dikepilkan dengan bahan lain, jika tidak ia akan dikenakan bayaran lebih.
c.       Pos Laju
Dikenali sebagai Mel Ekspres (EMS) cara penghantaran surat, dokumen dan bungkusan yang paling cepat, iaitu diberi jaminan bahawa kiriman akan sampai kepada penerima dalam tempoh 24 jam.  Perkhidmatan ini meliputi dalam dan luar negeri.
d.      Pos bungkusan
Cara termurah dan mudah untuk mengirim bungkusan di dalam atau ke luar negeri.  Terdiri daipada dua jenis, iaitu bungkusan kecil dan bungkusan besar.
e.       Pos bahan bercetak
Sesuai untuk mengirim risalah, katalog, majalah dan buku.  Bungkusan yang hendak dikirim tidak boleh melebihi 2 Kilogram.  Pada pembalut perlu ditulis perkatan ‘BAHAN BERCETAK’
f.       Kad jawapan perniagaan.
Sesuai untuk perniaga pesanan mel atau jualan terus.  Ia perlu mendapatkan lesen daripada pejabat pos, membolehkan setem tidak perlu dilekatkan pada kad.
b.      Perkhidmatan lain/tambahan
i.                    Mesin Franking
Membantu peniaga menjimatkan masa melekatkan setem pada surat atau bungkusan.  Ia merupakan sebuah mesin yang mengecap nilai-nilai bayaran pos dan mempunyai meter untuk merekodkan jumlah bayaran pos
ii.                  Bayar waktu terima (BWT) 
Digunakan oleh peniaga pesanan mel, membolehkan pengirim memberi kuasa kepada pihak pejabat pos memungut sejumlah wang daripada penerima bungkusan.
iii.                Peti surat persendirian.
Pelanggan perlu memohon di pejabat Pos untuk menyewa peti tersebut.  Peti ini biasanya terletak di luar bangunan pejabat pos, membolehkan pelanggan mengambil surat-suratnya pada bila-bila masa yang diingini, kerana pelanggan diberikan satu peti bernombor berserta dengan satu set kunci.
iv.                Telegram. 
Untuk menghantar mesej dengan segera ke sesuatu destinasi.  Orang ramai mengirim telegram di pejabat pos dan akan dikenakan caj mengikut jumlah perkataan yang terkandung dalam kiriman
v.                  Intelpos
Adalah mel elektronik yang terpantas yang menyerupai perkhidmatan telefeks.  Ia membolehkan lukisan, gambar, dokumen dan carta dihantar dan diterima sebagai faksimili, sama ada di dalam atau di luar negeri.
c.       Perkhidmatan kaunter
Perkhidmatan kaunter terdiri daripada perkhidmatan jualan, perkhidmatan pembayaran dan perkhidmatan agensi.
  1. Perkhidmatan Jualan
Salah satu sumber pendapatan yang besar untuk Pos Malaysia Berhad.  Terdapat pelbagai jenis jualan.  Antaranya ialah
i.                    setem
setem-setem dijual dalam pelbagai pecahan nilai mengikut berat surat dan bungkusan yang dikirim
ii.                  Poskad
Memudahkan orang ramai mengirim berita atau mesej yang ringkas
iii.                Sampul surat berdaftar
Menjual sampul surat berdaftar khas yang tidak mudah koyak dan kalis air
iv.                Kupon jawapan antarabangsa.
Memudahkan pembayaran belanja setem semasa membuat pesanan barang dari luar negeri
v.                  Aerogramme.
Surat udara ringan yang termurah untuk mengirim mesej melalui mel udara serta ia tidak perlu dilekatkan dengan setem.
  1. Perkhidmatan Pembayaran
Pos Malaysia Berhad menyediakan beberapa jenis alat pembayaran menjelaskan hutang bagi kemudahan orang ramai dan peniaga.  Antaranya ialah.
i.                    Wang pos Malaysia.
Digunakan untuk mengirim sejumlah wang yang kecil ke dalam atau pun ke luar negeri.  Sesuai mengirim wang yang minimumnya 50 sen dan nilai maksimum RM 100. Sah digunakan dalam tempoh enam bulan.  Wang pos boleh dipanlang untuk keselamatan.
ii.                  Wang pos British.
Sesuai untuk mengirim sejumlah wang yang kecil ke Britis atau kenegara-negara Komanwel.  Nilai maksimum ialah 10 Paun Sterling dan ia boleh dipalang.  Wang pos Britisah sah laku selama enam bulan.
iii.                Kiriman wang
Ia lebih selamat kerana  boleh dipalang seperti cek.  Jumlah maksimum sebanyak RM 1000.  Tempoh laku selama tiga bulan.  Terdapat dua jenis kiriman iaitu kiriman wang dalam negeri dan kiriman wang luar negeri.
iv.                Kiriman wang telegraf.
Sesuai untuk mengirim wang dengan segera.  Nilai maksimumnya ialah RM 1000 dan tempoh laku selam tiga bulan.

Perbezaan antara Wang pos Malaysia dengan Kiriman wang.

Wang Pos Malaysia

1.      Wang pos Malaysia sesuai digunakan untuk mengirimkan jumlah wang yang kecil ke mana-mana tempat di Malaysia.
2.      Wang pos dijual mengikut nilai yang tetap, Tetapi nilai wang pos boleh ditambah dengan melekatkan setem mengikut nilai yang diperlukan.
3.      Nilai minima wang pos yang dijual ialah 50 sen
4.      Nilai maksima wang pos yang dijual ialah RM 100
5.      Pejabat pos pembayar tidak mengetahi sipa pengirim dan penerima kerana pengirim tidak perlu mengisi borang
6.      Wang pos laku selama enam bulan dan selepas tempoh itu boeh diguna semula dengan syarat melekatkan setem sebagai bayaran komisen.

Kiriman Wang

1.      Kiriman wang sesuai digunakan untuk mengirimkan jumlah wang yang banyak di dalam negeri dan di luar negeri
2.      Kiriman wang tiada pecahan nilai yang tetap, iaitu sebarang jumlah boleh dikirim tetapi tidak melebihi RM 1000
3.      Nilai maksima kiriman wang ilah RM 1000
4.      Kiriman wang tidak mempunyai nilai minimum
5.      Pejabat pos pembayar akan mengetahui terlebih dahulu siapa pengirim dan penerima kerana pengirim perlu mengisi satu borang.
6.      Kiriman wang laku selama tiga bulan sahaja dan tidak boeh lagi digunakan selepas tempoh tersebut.
  1. Perkhidmatan Agensi
1.      Pos Malayis bertanggungjawab melakukan perkhidmatan agensi bagi jabatan kerajaan, badan berkanun, dan organisasi lain dengan mendapat komisen
2.      Terdapat tiga jenis perkhidmatan iaitu kutipan dan bayaran serta menerima deposit.
i.                    Ejen mengutip bayaran bagi badan-badan berikut.  Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Kumpulan wang Simpanan Pekerja dan lain-lain.
ii.                  Membuat bayaran bagi pihak berikut, iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara, PERKESO, KWSP dan lain-lain
iii.                Kemudahan simpanan wang bagi pihak Bank Simpanan Nasional.

PERKHIDMATAN TELEKOM

1.      Telekom Malaysia menyediakan dua jenis perkhidmatan iaitu
i.                    Perkhidmatan lisan seperti telefon ATUR panggilan Tanpa Tol, Panggilan Tiga Pihak dan perkhidmatan radio maritin
ii.                  Perkhidmatan ebrcetak seperti telegram, teleks dan telefeks.

Perkhidmatan Lisan

  1. Telefon
  1. Alat komunikasi yang membolehkan dua orang di berlainan tempat dapat berhubung dengan serta merta antara satu sama lain, sama ada di dalam negeri ataupun di luar negeri
  2. Telefon merupakan nadi penggerak dalam perniagaan moden
  3. Terdapat tiga jenis panggilan telefon iaitu:
i.                    Panggilan Tempatan- Panggilan di dalam daerah atau bandar yang sama
ii.                  Panggilan sambung jauh terus dail (STD) menyambungkan si pemanggil di satu bandar dengan si dipanggil di bandar lain secara terus
iii.                Panggilan Antarabangsa Terus Dail (ATD)  yang menyambungkan satu negara dengan negara lain secara terus.
  1.  ATUR
Sejenis perkhidmatan telefon mudah alih yang menggunakan gelombang radio.  Membolehkan pengguna membuat dan menerima penggilan di mana-mana sahaja.
  1. Panggilan Tanpa Tol
Membolehkan pemanggil membuat panggilan jauh hanya membayar mengikut kadar panggilan tempatan, kerana bayaran selebihnya dikenakan kepada penerima panggilan (peniaga) ia bermula dengan nombor 800.
  1. Panggilan tiga pihak
Perkhidmatan ini membolehkan 3 pihak berbincang atau bermesyuarat melalui telefon melalui telefon pada masa yang sama.
  1. Perkhidmatan Radio Maritim
Membolehkan perhubungan telefon dibuat ke kapal-kapal yang berada di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.  Perlu dail 108 untuk mendapatkan bantuan telefonis.
       Perkhidmatan Bercetak
1.      Telegram
Cara terpantas untuk menghantar mesej bertulis yang dikendalikan oleh TMB.  Kiriman boleh dilakukan dengan cara mengisi borang khas, melalui telefon dengan dail 104 dan melalui teleks dengan menekan kekunci 020
2.      Teleks
Cara pengiriman maklumat atau berita melalui mesin teleprinter dengan pantas.  Ia bertugas sepanjang hari tanpa pengawasan.  Berguna kepada bank, agensi berita, pasaran saham dan lain-lain
3.      Telefeks
Penghantaran dan penerimaan faksimili melalui Rangkaian Suis Telefon Awam, Merupakan salaina pendua yang menyerupai salainan asal dan sesuai untuk menghantar carta, gambar, dokumen dan nota bertulis.

ALIRAN BARU KOMUNIKASI

Selaras dengan kemajuan sains dan teknologi, terutamanya dalam telekomunikasi pelbagai aliran baru dalam komunikasi telah wujud seperti berikut.
1.      Datel
i.                    Perkhidmatan penghantaran data, mesej atau maklumat dengan pantas di dalam dan luar negeri, melalui Rangkain Suiz Telefon Awam.
ii.                  Pelanggan telefon mesti mempunyai komputer dan modem dan ia beroperasi 24 jam
iii.                Digunakan oleh syarikat besar untuk berkomunikasi dengan cawangannya
2.      Videoteks
i.                    Membolehkan maklumat ditunjukkan pada skrin komputer ataupun televisyen
ii.                  Di Malaysia, perkhidmatan ini dikenali sebagai ‘Telita’ yang dikendalikan oleh STMB ia membolehkan pelanggan mendapatkan pelbagai jenis maklumat atau data dengan mudah dan pantas
3.      Alat Kelui
i.                    Alat komunikasi yang menyerupai sebuah radio transister kecil yang boleh dibawa kemana-mana.  Apabila panggilan diterima alat ini akan mengeluarkan isyarat bunyi dan nombor telefon yang perlu dihubungi.
ii.                  Ia sesuai untuk peniaga yang sentiasa bergerak.
4.      MAPAC
i.                    Membolehkan data dihantar dan diterima antara terminal-terminal komputer di dalam dan di luar negeri dengan cepat pantas tanpa kesilapan
ii.                  Digunakan oleh bank, hotel dan broker saham
5.      Sidang Video
i.                    Membolehkan dua pihak atau lebih berhubung secara video dan visual secara langsung walaupun mereka berada di tempat berlainan.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JENIS KOMUNIKASI

1.      Kos
Pemilihan jenis komunikasi bergantung kepada kemampuan kewangan bagi peniaga.  Jika terdapat dua kaedah komunikasi yang sama cekap, maka perkhidmatan yang lebih murah akan dipilih
2.      Jarak
Destinasi bagi maklumat atau dokumen yang hendak dihantar juga memperngaruhi pemilihan jenis komunikasi
3.      Segera atau tidak
Bagi dokumen atau maklumat yang hendak disampaikan dengan cepat, sesuai menggunakan kurier teleks atau telefeks.  Tetapi jika tidak dperlukan dengan segera sesuai menggunakan perkhidmatan pos
4.      Jenis maklumat
Dipengaruhi oleh jenis maklumat yang hendak dihantar.  Maklumat yang sulit memerlukan jenis komunikasi yang selamat dan sulit.  Bagi menghantar salinan yang tepat sesuai menggunakan telefeks atau  intelpos