Monday 26 March 2012

TINGKATAN 5 : BAB 3 PENGANGKUTAN


BAB 3: PENGANGKUTAN

Maksud

-       pindah barang dari satu tempat ke tempat lain    
      dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui 
      darat, air, udara atau saluran paip

  

Peranan Pengangkutan  

-         Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang
     selaras permintaan dan penawaran stabilkan harga
-      Edar barang ke merata dunia pasaran lebih luas
     pilihan pengguna banyak
-          Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
-          Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
-          Elakkan pembaziran
-         Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
-         Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
-         Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
-         Galakkan penyebaran sains dan teknologi
-         Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

JENIS PENGANGKUTAN

-          terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
·         Pengangkutan darat
·         Pengangkutan laut
·         Pengangkutan udara
·         Saluran paip

PENGANGKUTAN DARAT
-          terbahagi kepada dua iaitu;
·         jalan raya
·         rel

Pengangkutan Jalanraya

-          terdiri daripada pengangkutan;
·         haiwan         -   lembu, kuda
·         kenderaan     -   lori, van

Kelebihan

-         Boleh serah barang dari pintu ke pintu
-         jimatkan masa
-         Kerja pemunggahan kurang
-         risiko barang rosak sedikit
-         Murah dan cepat  untuk jarak dekat
-         sesuai bawa barang diperlukan segera
-         Tiada jadual perjalanan
-         Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak 
-         Mudah hubungi kawasan pendalaman

Kekurangan

-       Mahal dan lambat bagi jarak jauh     
sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
-       Ruang muatan terhad
-       Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
-       Kos penyelenggaraan tinggi 
-    Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  
-       Bidang tugasnya:
·         Daftar  kenderaan bermotor
·         Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
·         Uji dan keluarkan lesen memandu
·         Keluarkan permit sekolah memandu
·         Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
·         Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
·         Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
·         Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP)
-       Bidang tugasnya:
·         Kawal kegunaan  pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
·         Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan  iaitu;
Ø  Lesen Pembawa A
-          benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
Ø  Lesen Pembawa C
-          hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
-          kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
-       Bidang tugasnya:
·         Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan

Pengangkutan Rel

-          contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan

-       Murah dan cepat bagi jarak jauh     
-       Ruang muatan lebih luas
-       Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
seperti  kayu balak , simen, pasir
-       Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
-       Masa bertolak dan tiba diketahui
mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
-       Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh:   gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
              gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
-       ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan

-       Mahal dan lambat bagi jarak dekat
-       Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
-       Banyak kerja pemunggahan
risiko barang rosak / hilang tinggi
-       Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
-       Kos penyelenggaraan tinggi
-       Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api   

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 
-       Bidang tugasnya meliputi:
·         Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
·         Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
+  keretapi penumpang  à  keretapi mel, ekspres, komuter
+  keretapi barang / kargo  à  gerabak bertangki


PENGANGKUTAN  LAUT

-          sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
-          terdiri daripada:
·         Perkapalan antarabangsa
-  belayar merentasi lautan besar
-  contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
·         Perkapalan dalam negeri   
-  belayar sepanjang pantai
-  contoh: feri, kapal pesisir pantai 

Jenis kapal

·         Kapal kargo
-          kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang                             
-          belayar ikut  jalan dan jadual tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
-          terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
     +   kapal kontena  à  khusus untuk membawa kontena
     +   kapal tangki     à  khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia,                                       gas asli cecair
     +   kapal penyetoran sejuk  à  ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur

·         Kapal kerentan (kapal tramp)
-          kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah
-          boleh ditempah / sewa atau dicarter
-          tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
-          kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk        satu tempoh (carter masa)
-          boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
-          tambang boleh ditawar
                                     
·         Kapal penumpang
-          kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo                         
-          belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

·         Kapal pesisir pantai
-          digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan       pelabuhan
-          tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang          dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
-          contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang

Kelebihan Kapal Kerentan

-          Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak
-          Boleh dicarter seluruh kapal
-          Bebas belayar bila-bila masa
sebab tiada jadual khas
-    Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran
-    Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa
-    Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa
-          Tambang kapal boleh dirunding
biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.

Kekurangan Kapal Kargo

-          Tidak sesuai untuk bawa barang pukal
-          Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
dan tidak boleh dirundingkan
biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan

Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan


KAPAL KARGO
KAPAL KERENTAN
1.  Belayar mengikut  jalan dan jadual yang tetap
1.  Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa

2.  Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti  perabot, mesin
2.  Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak

3.  Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

3.  Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter

4.  Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja
4.  Boleh sewa seluruh kapal

5.  Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

5.  Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar 

6.  Bil muatan sebagai bukti barang diangkut
6.  Selain bil muatan, janji carter diperlukan

Kebaikan Pengangkutan Air

-       Boleh bawa muatan banyak   
-       Tambang lebih murah
-       Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
-       Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
-       Tiada kesesakan lalu lintas
-       Kos penyelenggaraan sedikit
-       Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
-       Ada kemudahan kontenarisasi  -  cepatkan urusan kastam        

Kekurangan Pengangkutan Air

-       Tiada serah pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
-       Kerja pemunggahan yang banyak
meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan 
-       Perjalanan lambat  sampai
-       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)

-       peranannya;
·         Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
·         Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa  bagi menghantar kargo
·         Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
·         Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa

Jabatan Laut

-       peranannya:
·         Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
·         Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
·         Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
·         Selenggarakan pelabuhan
·         Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan

-       contoh:   Lembaga Pelabuhan Kelang
    Lembaga Pelabuhan Kuantan
-       peranannya;
·         kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
·         sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
·         sediakan  dermaga dan tongkang
·         sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
·         sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
·         sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
·         sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
·         keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot  kecil yang belayar di sekitar pelabuhan

PENGANGKUTAN  UDARA
-          terbahagi kepada dua iaitu;
·         kapal terbang
·         helikopter

Kekurangan

-          Tambang mahal                         
-          Saiz dan berat kargo dihadkan
-       Tiada serahan pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan 
-       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
-       Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
-       Kos penyelenggaraan tinggi

Kebaikan   

-          Sesuai bawa barang mahal dan ringan
kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
contoh:  ekspot berlian dan emas
-          Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
contoh:  bekalan perubatan dan alat ganti jentera
-          Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama
untuk menjamin agar barang segar dan baik
contoh:  bunga dan buah-buahan
-          Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
-          Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
risiko kecurian kurang
oleh itu kos insurans lebih rendah
-          Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
-          Ada kemudahan kontenarisasi  -  mencepatkan urusan kastam

Penerbangan Malaysia (MAS)

-       Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
-       Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
-       Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

-       Peranannya;
·         Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
·         Sediakan perkhidmatan trafik udara
·         Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
·         Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
·         Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
·         Sediakan pembangunan lapangan erbang
·         Sediakan khidmat kecemasan


Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain
-       Boleh bawa barang lebih banyak
-       Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
-       Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
-       Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
-       Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
-       Lambat sampai

SALURAN PAIP
-          cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti  air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip

Kebaikan   

-          Barang selamat daripada risiko kecurian
-          Barang segera sampai
-          Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
-          Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan

Kekurangan

-          Kos pemasangan saluran paip tinggi
-          Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
-          Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki

Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)

-          Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
-          Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan  Singapura
-          Peranan / objektif:
·         cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
·         pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
·         galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
·         menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia

Pengkontenaan

-          sistem hantar barang guna kontena
kontena ialah peti logam
mempunyai ukuran piawai
-          Kebaikan guna kontena:
·         Jimatkan masa
kerja pemunggahan cepat
barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
·         Jimatkan tenaga buruh
kurang kerja pemunggahan
barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
·         Kurangkan barang rosak / selamat
terhindar daripada kesan cuaca
·         Kurangkan  kecurian sebab kontena dikunci
·         Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
kerana pengangkutan sepadu
·         Memudahkan hal dokumentasi
·         Boleh guna sistem pengangkutan TIR
kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara

-          Kekurangan  guna kontena:
·         Kos bina kontena tinggi
·         Perlukan peralatan khas seperti kren
·         Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
·         Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

Faktor-faktor Pemilihan  Jenis Pengangkutan

·         Kos pengangkutan   
-          jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
-          contoh:   Dalam Negeri          -  gunakan  lori, keretapi
Luar negeri   -  gunakan  kapal
·         Jenis  barang yang dibawa
-    jika cecair (petrolium, susu getah) -   gunakan pengangkutan khas  seperti lori tangki, kapal tangki
-    jika mudah rosak (daging, sayur, bunga)     -   gunakan pengangkutan                     yang dilengkapi dengan                    penyetoran sejuk
-   jika dalam negeri -  gunakan  van, lori
-   jika luar negeri  - gunakan kapal terbang, kapal

·         Jarak perjalanan
-    jika dekat -   dalam negeri  -  gunakan lori, van
     -    jika jauh  -   dalam negeri  -  gunakan keretapi
                        -   luar negeri     - gunakan  kapal (jimat kos berbanding kapal                                                                                terbang)
·         Kuantiti, berat dan saiz barang
     -    jika banyak dan pukal   -        dalam negeri -  gunakan keretapi
                                      -    luar negeri    -  gunakan kapal kerentan
          -    jika sedikit         -        dalam negeri -  gunakan lori
                                      -        luar negeri    -  gunakan kapal kargo
·         Kesegeraan
-    jika ingin cepat  (ubat, alat ganti, surat khabar)     -  gunakan kapal                                                                                  terbang, helikopter
         
·         Risiko kerosakan
-    jika barang mudah pecah (kaca, tembikar)   -  perlu pembungkusan rapi                                                                             dan gunakan van
     -    jika barang mudah rosak (daging, ais krim)  - gunakan van ada awet                                                                                      dingin / setor sejuk

·         Nilai barang yang dibawa
          -    jika barang mahal (emas, wang)       -  dalam negeri, gunakan van dengan                                                                        ciri keselamatan
                                                          -  luar negeri, gunakan kapal terbang
          -    jika barang murah (pasir, batu)         -  dalam negeri, gunakan lori,                                                                                   keretapi
-  luar negeri, gunakan kapal kerentan