Sunday 25 March 2012

TINGKATAN 5 : BAB 1 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN

BANK.
  JENIS BANK.
  1. Bank Pusat                           cth Bank Negara
  2. Bank perdagangan             cth  Bank Bumi  putera  Bhd.
  3. Bank Koperasi                     cth  Bank  Rakyat Bhd.
  4. Bank Berkanun                   cth BSN Bank  ertanian Bhd
  5. Bank Saudagar                    cth Arab Malaysian  Merchant Bank Bhd.

Apakah peranan Banak Negara Malaysia?
  1. Mengawal dan mengeluarkan mata wang negara
  2. sebagai jurubank kerajaan
  3. sebagai jurubangk perdagangan
  4. melaksanakan dasar kewangan kerajaan
  5. mengawal pengiriman wang ke luar negara
  6. selaku peminjam terakhir bank perdagangan
  7. menyediakan tempat penjelasan cek

Apakah fungsi bank perdagangan ditubuhkan?
  1. Menerima simpanan dari orang ramai
  2. membuat pembayaran bagi pihak pelanggan / penggunaan cek
  3. khidmat-khidmat lain

Huraikan matlamat penubuhan Bank Koperasi?
Tujuan penubuhan
1.       meninggikan taraf ekonomi ahli
2.       mengumpul modal daripada ahli
3.       mencari keuntungan

Dapat sumber kewangan daripada
1.       simpanan orang ramai
2.       keuntungan daripada pelaburan
3.       faedah daripada pinjaman orang ramai
4.       penjualan syer bank koperasi

tidak dibenarkan menjalankan kegiatan
1.       akaun semasa
2.       kemudahan overdraf
3.       mendiskaunkan bil
4.       pertukaran wang asing

Terangkan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Simpanan Nasional?
1.       Menerima simpanan orang ramai
2.       Menyediakan kad juruwang elektronik
3.       Kemudahan GIRO
4.       sijil simpanan premium
5.       skim potongan gaji
6.       baucer hadiah
7.       cek kembara
8.       pinjaman pelajaran / perumahan

Apakah tujuan penubuhan Bank Pembangunan Malaysia?
1.       Meningkatkan pernyertaan bumiputera dalam perniagaan / industri
2.       melahirkan ramai usahawan bumiputera melalui
a.  memberi latihan   pengurusan
b.  memberi pinjaman
c.  menyediakan projek   yang dibiayai oleh    bank ini
d.  memajukan industri   desa
e.  memberi galakan   pelaburan/        penyelidikan

Apalah tujuan penubuhan Bank Pertanian?
  1. Membuat pembangunan pertanian yang mantap
  2. menggerakkan simpanan orang ramai ke sector pertanian
  3. memberi pinjaman di sector pertanian

Terangkan tujuan penubuhan Banak Saudagar?
  1. tidak memberi khidmat kepada orang ramai
  2. memberi khidmat kepada saudagar, syrikat Bhd
  3. khidmat yang lain
a.  menerima   simpanan
               b.  memberi    pinjaman
               c.  membantu    syarikat Bhd menerbitkan syer  di pasaran saham
               d.  membantu   syarikat bhd   mengambil alih  perniagaan lain
               e.  penanggung  jamin syer  syarikat bhd
f.  khidmat pengurusan pelaburan
g.  membuatn  penyelidikan    projek

Apakah keistimewaan Bank Islam berbanding bank-bank lain?
  1. Menjalankan urusniaga berdasarkan hukum syariah
  2. tiada unsur gharat – tiada penjelasan dalam sesuatu perjanjian
  3. tiada unsur maisir – perjudian
  4. urusniaganya berasaskan prinsip

Prinsip al-wadiah
  1. jika wang yang disimpan oleh orang ramai sebagai satu amanah – bank tidak bertanggung jawab nika hilang / dicuri bukan kerana kecuaian bank
  2. jika wang yang disimpan digunakan oleh bank dengan izin orang ramai – bank akan bertanggung jawab jika hilang/dicuri
Prinsip al – mudharabah
  1. perjanjian antara pelanggan (pemilik modal) dengan pihak bank (pengusaha)
  2. isi perjanjian – pelanggan akan membiayai sepenuhnya projek perniagaan
  3. untung dibahagi mengikut nisbah 7:3
  4. jika rugi akan ditanggung oleh pelanggan kecuali sebab kecuaian bank
Prinsip al – musyarakah
  1. perjanjian perkongsian antara dua pemilik modal untuk menjalankan perniagaan
  2. isi perjanjian – bersetuju bersama berkongsi modal dan berkongsi untung / rugi
Jenis akaun yang boleh dibuka
  1. akaun semasa – boleh guna cek
  2. akaun simpanan – dapat sebahagian untung bank
  3. akaun pelaburan – disimpan dalam tempoh tertentu – untung dibahagi mengikut nisbah 7 :3


2.  PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN
Nyatakan Dan Terangkan Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Bank Perdagangan?
Khidmat simpanan
  1. akaun simpanan
    1. menyimpan wang dalam jumlah yang kecil
    2. minima simpanan RM1.00              
    3. wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa /cat juruwang elektronik
  1. akaun simpanan tetap
    1. menyimpan jumlah wang dalam tempoh tertentu conthnya 3,6 12 bulan
    2. minima simpanan RM 500.00
    3. kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan
    4. cara membuka akaun
-          isi borang dan tandtangani borang kad tandatangan
-          nyatakan tempoh simpanan
-          serahkan borang dan dapatkan resit
-          wang boleh dikeluarkan bila tempoh matang bersama bunga.
  1. akaun semasa
    1. cara membuka akaun
Ø  perlu diperkenalkan kepada oleh seseorang yang telah membuka akaun semasa
Ø  isi borang dan tandatangani borang kad tandatangan
Ø  minima simpanan RM 500.00
Ø  anda akan diberi buku cek untuk kegunaan mengeluarkan wang
Ø  pelanggan boleh juga menggunakan kad juruwang elektronik utnuk mengeluarkan wang.
Khidmat pembayaran
  1. pindahan kredit
o    memindahkan wang terus ke dalam akaun penerima
o    pemegang akaun semasa mengarahkan bank membayar kepada penerima dengan cara memindahkan wang ke dalam akaun penerima
o    cara isi borang
·          nama penerima, no akaun dan nama bank
·         dibit akaun pelanggan dan kredit akaun penerima
·         contoh pembayaran gaji, sewa, ansuran sewa beli
o    kebaikan
·         tidak perlu mengirim cek
·         jimat kos setem dan buku cek
·         tidak perlu menukarkan cek kepada wang tunai
·         selamat dari risiko kecurian dan cek tak layan
  1. perintah sedia ada
  1. Arahan daripada pemegang akaun semasa kepada bank untuk membayar sejumlah wang yang tetap secara berulangan kepada pemiutang sehingga arahan dibatalkan
  2. cara
Ø  isi dokumen arahan
Ø  bank akan debitkan akaun pelanggan dan pindahkan ke akaun pemiutang
Ø  contoh bayar sewa, premium insurans, ansuran sewa beli
  1. kebaikan
Ø  pembayaran dapat dibuat dengan cepat dan tepat
Ø  tidak perlu mengingat tarkh pembayaran hutang
Ø  mengelakkan daripada mendapat surat peringatan membayar hutang
Ø  jimat masa
3.  debit terus
  1. bank membayar bagi pihak pelanggan jumlah hutang yang berubah-ubah dan tidak tetap
  2. cara
Ø  arahan daripada pemiutang, bukan pelanggan
Ø  semasa invois dihantar, pemiutang menyertakan bersama borang debit terus kepada bank pembeli
Ø  bank akan mendebitkan akaun pembeli dan memindahkan wang ke akaun pemiutang
  1. kebaikan
Ø  bayaran cepat
Ø  tidak perlu mengingat tarih mekbayar hutang
Ø  tidak perlu mengeluarkan cek
Ø  jimat masa
4.  kad cek
  1. kad jaminan yang dikeluarkan oleh bank untuk menjamin pembayaran cek yang dikeluarkan oleh pemegangnya sehingga jumlah tertentu
  2. diberi kepada pelanggan yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik
  3. jika wang di dalam akaun tidak cukup, bank tetap akan membayar jumlah cek tersebut
  4. cek tersebut ada nombor kad cek di belakang
  5. cek ini tidak boleh diragui oleh penerimanya.

Khidmat pengiriman
  1. bank draf
v  perintah bertulis dari pihak bank atas permintaan pelanggan kepada cawangan banknya di tempat lain
v  untuk mengirim wang ke dalam dan luar negeri
v  cara
o    isi borang
o    bayar jumlah kiriman wang termasuk komisen
o    bank draf akan dikeluarkan dan dikirimkan kepada penerima
o    jika bank draf dipalangkan tidak boleh ditunaikan/ masuk dalam akaun dahulu
v  kebaikan
o    cepat
o    selamat
o    kos murah
  1. cek bank
    1. nama lain – cek kasyier / cek juruwang
    2. dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk membayar kepada penerima di Bandar yang sama
    3. cek ini dijamin pembayarannya oleh bank
    4. sebab digunakan
Ø  penerima tidak mahu cek biasa sebab dibimbangi cek tak layan
Ø  tidak mahu membawa tunai yang banyak / selamat
  1. pindahan telegraf
    1. perintah yang dihantar menggunakan teleks oleh bank atas permintaan pelanggan kepada bank cawangannya untuk membayar sejumlah wang kepada penerima
-          cara yang paling pantas menghantar wang ke dalam dan luar negeri
-          cara
1.       isi borang
2.       serahkan wang kiriman, komisen dan bayaran teleks
-          kebaikan
1.       sama seperti bank draf


Khidmat pembiayaan

PINJAMAN
OVERDRAF
1.  Diberi kepada semua pelanggan
1.  diberi kepada pemegang akaun semasa sahaja
2.  perlu ada penjamin dan cagaran
2.  tidak perlu penjamin dan cagaran
3.  kadar bunga dikenakan ke atas seluruh pinjaman
3.  kadar bunga dikenakan di atas jumloah sebenar yang dikeluarkan sahaja
4.  kadar bunga lebih rendah
4.  kadar bunga lebih tinggi
5.  tempoh pembayaran balik panjang
5.  tempoh pembayaran lebih pendek
6.  untuk membeli aset tetap cth rumah
6.  untuk membeli aset semasa cth beli barang
Maklumat tambahan

1.  ada pinjaman bercagar cth pinjaman perumahan

2.  pinjaman tidak bercagar – cth pinjaman pelajaran

 
Mendiskaunkan bila perintah bayar
  1. Peniaga yang menjalankan perniagaan luar negeri (ekspot) akan mendapat bayaran dalam bentuk bil perintah bayar
  2. bil ini mempunyai tarikh matang – iaitu satu tarikh akan datang
  3. jika peniaga ingin wang dengan cepat – dia boleh mendiskaunkan bil ini kepada bank-bank akan membayar dengan memotong jumlah faedah daripada nilai bil
  4. peniaga juga dikehendaki membayar komisen
Khidmat-khidmat lain bank
  1. pertukaran wang asing
  2. cek kembara
  3. peti simpanan malam
  4. peti simpanan selamat
  5. surat rujukan / referi
  6. pemegang amanah dan wasiat
  7. khidmat nasihat pelaburan
Aliran Baru Dalam Perkhidmatan Bank
kad juruwang automatik (ATM)
  1. Mesin diletak di luar bangunan bank
  2. wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
  3. cara
Ø  masukkan kad dan tekan nombor peribadi
Ø  pilih jenis urusniaga – keluarkan, Tanya baki, masukkan wang
Ø  dapatkan penyata urusan selepas mengeluarkan wang
Ø  ambil kad semula
kad kredit
  1. diberi kepada mereka yang berpendapatan tinggi
  2. pendapatan minima RM 24000 setahun
  3. pemilik kad boleh membeli barang secara kredit di dalam dan luar negeri
  4. peniaga akan membuat tuntutan kepada bank
  5. pemilik akan mendapat penyata bulanan dan membayar jumlah hutang kepada bank secara ansuran
  6. contoh American Express, VISA, MBF Mmastercard
GIRO
  1. Memberikan perkhidmatan berkomputer untuk pembayaran bil, cth bil elektrik, insurans
  2. pelanggan membuat arahan tetap kepada bank untuk membayar sejumlah wang pada tarikh yang sama setiap bulan
  3. cara
-          isi borang
-          bank debitkan dan penerima dikreditkan
  1. kebaikan
-          mudah dan jimat masa
-          selamat
-          tidak perlu mengingat tarikh pembayaran
-          terelak daripada risiko perkhidmatan telefon, elektrik dipotong.
Biro Maklumat Cek
  1. Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia
  2. tujuan penubuhan
-          mengembalikan orang ramai terhadap penggunaan cek
-          mengelakkan perbuatan mengeluarkan cek tending
  1. cara perkhidmatan ini dijalankan
    1. bank perdagangan dan Bank Islam menyenaraikan nama pemegang akaun semasa yang telah mengeluarkan 3 cek tending dalam tempoh 12 bulan
    2. BNM akan mengeluarkan satu senarai hitam dan diedarkan kepada semua bank
    3. Mereka tidak dibernarkan membuka akaun semasa di mana-mana bank
    4. Tempoh penggantungan ini selama 6 bulan dari tarikh disenaraikan
    5. Selepas habis tempoh, nama akan dikeluarkan dari senarai hitam.
Sumber kewangan lain selain daripadan bank
Pajakan
  1. perjanjian anatara syarikat pajak dan pemajak untuk menyewakan aset yang diperoleh daripada penjual
  2. contoh
    1. peniaga ingin menggunakan lori tapi tidak mampu membeli
    2. peniaga mencari syarikat penjual lori dan mendapatkan persetujuannya untuk membekalkan lori
    3. peniaga akan menghubungi syarikat pajak untuk mendapat kemudahan pajakan
    4. ditetapkan kadar sewa dan tempoh pajakan
    5. semasa disewa, lori menjadi hakmilik pajakan kerana dia yang membelinya
  3. kebaikan
    1. dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal
    2. dapat meramalkan aliran wang tunai kerana sewaan kadarnya tetap
    3. mengurangkan inflasi
    4. mengurangkan cukai
    5. boleh mendapat aset walaupun tiada cagaran
    6. mendapat sumber pembiayaan tambahan
pemfaktoran
  1. peniaga bolh memafaktorkan akaun belum terimanya (hutang orang lain kepadanya) kepada bank
  2. cara
    1. peniaga menjual hakmilik ke atas akaunnya kepada bank
    2. peniaga akan terus mendapat tunai
    3. jumlah tunai ditolak kadar faedah sebanyak 1 atau 2 % dari nilai akaun
  3. kebaikan
    1. peniaga boleh dapat tunai dengan segera
    2. mengelakkan hutang lapuk
    3. tidak perlu lagi mengawasi akaun yang belum diterima
syarikat kewangan
  1. peniaga boleh meminjam daripada syarikat kewangan.  Cth MBF Finance, Public Finance
  2. syarikat kewangan tidak menyediakan khidmat akaun semasa
  3. khidmat syarikat kewangan ialah
    1. menyediakan akaun simpanan dan akaun simpanan tetap
    2. memberi pinjaman bercagaran
    3. menjalankan aktiviti sewa beli dan menyewakan aset
    4. pelaburan dalam pasaran kewangan
    5. pembiayaan perniagaan dan projek pembinaan.




3. CEK
Pihak yang terlibat dalam cek
Pesuruh bayar                      -                               bank yang megeluarkan cek
Penyuruh bayar                   -                               orang yang mengeluarkan cek / menandatangani cek
Si dibayar                              -                               orang yang menerima cek
Nyatakan dan terangkan jenis-jenis cek yang boleh dikeluarkan oleh seorang penyuruh bayar?
  1. jenis cek ada 2
-          cek terbuka
-          cek tertutup
cek terbuka
Ø  cek terbuka ialah cek yang boleh terus ditunaikan di kaunter bank
Ø  cek terbuka ada 2 jenis
    1. cek pembawa
-          ada perkataan pembawa
-          boleh ditunaikan oleh sesiapa sahaja
-          tidak perlu diendoskan semasa ditunaikan
-          nama sidibayar boleh ditukar dengan perkataan tunai
-          cek ini tidak selamat
    1. cek perintah
-          perkataan pembawa dipotong
-          boleh ditunaikan oleh orang yang namanya ditulis pada cek
-          mesti menunjukan kad pengenalan semasa menunaikan cek
-          boleh dipindahmilik kepada orang lain jika diendoskan
-          tidak selamat kerana pengendosan boleh ditiru.
cek tertutup
-          tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
-          mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
-          mesti dipalangkan
-          lebih selamat
-          ada 3 jenis
cek palang am
-          4 ciri di atas (cek tertutup)
-          di dalam palang boleh ditulis
1.        tidak ditulis apa-apa perkataan
2.       ditulis perkataan & co
3.       ditulis perkataan tidak boleh niaga
-          semua cek berpalang boleh dipindah milik dengan cara pengendosan
cek palang terbatas
-          4 ciri di atas (cek tertutup)
-          ditulis perkataan akaun penerima sahaja
-          mesti dimasukkan ke dalam akaun penerima sahaja
-          tidak boleh dipindahmilik
-          cek yang sangat selamat sebab tidak boleh dipindah milik
cek palang khas
-          ditulis nama bank pada palang
-          penerima cek mesti memasukkan ke dalam akaun di bank yang titulis pada cek
-          contoh
1.       jika ditulis bank Bumiputera – mesti dimasukkan ke dalam akaun di mana-mana Bank Bumiputera.
2.       Jika di tulis Bank Bumiputera Batu Pahat – mesti dimasukkan ke dalam akaun di Bank Bumiputera Batu Pahat sahaja
3.       Perkataan-perkataan lain boleh ditambah utnuk lebih selamat
Bank Bumiputera dan Tidak boleh Niaga
                                                Bank Bumiputera Batu Pahat dan Akaun Penerima sahaja
-          cek palang khas boleh dipindahmilik jika penerima mempunyai akaun di bank yang ditulis pada cek.
Apakah keistimewaan cek ‘Tidak boleh Niaga’?
  1. hanya penerima yang namanya ditulis pada cek mempunyai hak yang sah
  2. selamat walaupun cek hilang atau dicuri
  3. pihak bank hanya membayar kepada pemilik yang sah sahaja
  4. walau bagaimanapun, cek ini boleh dipindahmilik melalui pengendosan

latihan yang perlu anda buat sendiri
  1. lakarkan palang setiap cek berpalang yang telah diterangkan di atas
  2. lukis sekeping cek – sudah 2 kali keluar SPM
-          Mesti ada butir-butir berikut
pesuruh bayar,  nombor cek (digalakkan 7 digit) penyuruh bayar,  nombor akaun, jumlah dalam angka, tarikh, jumlah dalam perkataan, tandatangan penyuruhbayar, sidibayar

apakah bentuk-bentuk cek lain selain daripada cek terbuka dan tertutup?
Cek kosong
  1. cek yang telah ditulis lengkap dan ditandatangani kecuali jumlahnya
  2. sidibayar akan menulis jumlah yang diinginkan dngan jujur
  3. penyuruh bayar akan menulis ‘tidak melebihi …….untuk keselamatan
  4. tujuan untuk membayar jumlah yang tidak pasti dengan tepat
cek lewat tarikh
  1. cek yang ditulis dengan tarikh akan datang
  2. cek dikeluarkan pada 4.4.2002 tetapi ditulis tarikh 5.5 2002
  3. mesti menunggu tarikh matang untuk menunaikan cek
  4. cek ini tak layan seingga tarikh matang
cek mati
  1. cek yang telah melebihi tempoh masa pembayaran
  2. tempoh laku cek bank perdagangan 6 bulan ? bank negara 3 bulan
  3. cek mati – cek tak layan
  4. boleh diperbaharui tarikh oleh penyuruh bayar.
Cek bertanda
  1. cek yang ditandakan oleh bank penyuruh bayar sebagai jaminan bayaran
  2. bank akan menandakan cek dengan tulisan ‘baik untuk pembayaran sebelum ……..’ dan menandatanganinya
  3. cek ini tidak boleh diragui pembayarannya
cek bank sendiri
  1. cek yang dikeluarkan kepada sidibayar yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar
  2. cek boleh ditunaikan serta-merta dan tidak dikenakan komisen
cek tak layan
  1. tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
  2. akan ditandakan oleh bank dengan perkataan ‘ditahan pembayaran’
  3. sebab tak layan
-          tandatangan penyuruh bayar berbeza dengan kad tandatangan
-          wang penyuruh bayar tidak cukup
-          jumlah angka dan perkataan berbeza
-          cek lewat tarikh / cek mati
-          penyuruh bayar menahan pembayaran
-          penyuruh bayar mati / gila
-          perubahan pada cek tanpa tandatangan penyuruh bayar
-          cek terkoyak / terconteng
-          akaun penyuruh bayar ditahan oleh mahkamah
-          cek tiada tandatangan penyuruh bayar


Kebaikan cek
Keburukan cek
  1. selamat dari risiko dicuri / hilang
  2. tidak perlu membawa tunai yang banyak
  3. sebagai bukti pembayaran
  4. boleh menahan pembayaran
  5. boleh dikirim melalui pos
  6. kos murah dan mudah
  1. bukan wang sah / boleh ditolak pembayaranya
  2. tandatangan boleh ditiru
  3. mungkin cek tak layan
  4. dikenakan komisen
  5. didenda jika mengeluarkan cek tak layan

Apakah yang dimaksudkan pengendosan?
Nyatakan dan terangkan jenis-jenis endosan?
  1. pengendosan ialah menandatangani di belakang cek oleh sidibayar
  2. tujuan untuk memindah milik cek kepada orang lain / menunaikan cek perintah
  3. jenis endosan ada 3
a.       endosan biasa
-          hanya ditandatangani di belakang cek / tanpa perkataan lain
-          penerima cek boleh memndahmilik kepada orang lain
b.       endosan khas
-          ditulis nama orang yang akan menerima cek dan ditandatangani
-          contoh
1.       Dina hendak memindah milik cek kepada Nadia
2.       Siti akan menulis ‘ bayar kepada Era’ dan ditandatangani oleh Siti
Nadia boleh memindah milik kepada orang lain dengan membuat        endosan baru
c.        endosan terbatas
-          dipindah milik kepads seseorang tertentu sahaja
-          selepas itu cek tidak boleh dipindah milik kepada orang lain
-          ditulis “bayar kepada Nadia sahaja”
 
LATIHAN : Anda perlu melakarkan bentuk-bentuk endosan yang telah diterangkan diatas
 
Apakah pindaan-pindaan yang boleh dikeluarkan oleh penyuruh bayar dan sidibayar?
  1. pindaan yang dibuat oleh penyuruh bayar perlu ditandatangani oleh penyuruh bayar
-          meminda jumlah wang
-          menukar nama sidibayar
-          menukar tarikh
-          menukar cek perintah kepada cek pembawa
-          menukar cek tertutup kepada cek terbuka
  1. pindaan yang dibuat oleh sidibayar tidak perlu ditandatangani kerana cek menjadi lebih selamat
-          menukar cek pembawa kepada cek perintah
-          menukar cek terbuka kepada cek berpalang
-          menjadikan cek palang biasa kepada cek palang khas / terbatas
-          menambah perkataan ‘tidak boleh niaga’ kepada cek palang kahs

NASIHAT : kebanyakan pelajar beranggapan tajuk bank ialah tajuk yang paling sukar  ubah strategi pemahaman.  Saya telah pandu anda untuk dengan memecahkan tajuk bank kepada tiga bahagian
a.       jenis-jenis bank
b.       perkhidmatan bank
c.        cek