BAB 5 :
PERGUDANGAN
MAKSUD
i.
Aktiviti penyimpanan dan penstoran barang-barang di tempat yang sesuai
dan selamat sehingga barang-barang berkenaan diedarkan ke pasaran
ii.
Gudang biasanya terletak di lapangan terbang, stesen kereta api,
pelabuhan atau di tempat pengeluaran, pemborong dan peruncit.
PERANAN PERGUDANGAN
1.
Pengeluaran secara besar-besaran dapat dijalankan
Pengeluar dapat mengeluarkan barang-barang dalam
kuantiti yang banyak sebelum ianya di minta oleh pembeli, sementara menunggu
permintaan dan jualan, barang tersebut boleh disimpan di dalam gudang
2.
Bekalan barang terjamin sepanjang tahun
Sesetengah barangan terutamanya barang pertanian
dikeluarkan secara bermusim. Bagi
memenuhi permintaan yang berterusan, barangan tersebut akan disimpan dalam gudang
dan dikeluarkan sedikit demi sedikit sepanjang tahun.
3.
Menstabilkan harga barang
Pergudangan membantu menstabilkan harga
barang-barang dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan barang-barang, iaitu barangan yang berlebihan
disimpan dalam gudang dan dikeluarkan apabila terdapat kekurangan di pasaran.
4.
Tempat menyimpan barang secara selamat
Barang-barang yang disimpan dalam gudang dilindungi
daripada cuaca buruk. Disamping
penggunaan peralatan yang canggih seperti alat penggera yang boleh menjamin keselamatan
barang di dalamnya.
5.
Memudahkan perniagaan entrepot
Dengan adanya gudang berbon, membolehkan
barang-barang yang diimport untuk dieksport semuala disimpan dalam gudang. Ia dapat membantu peniaga entrepot daripada
membayar duti import
6.
Barang dapat dipamerkan
Barang-barang yang terdapat dalam gudang boleh
dipamerkan supaya pembeli dapat memeriksa barangan sebelum membeli, contoh
gudang bayar dan bawa
7.
Membolehkan kerja-kerja akhir dilakukan
Sebelum barang-barang dijual kepada peruncit, gudang
boleh dijalankan tempat memecah pukal serta melakukan kerja-kerja akhir seperti
menggred, menimbang, membungkus dan menjenamakan barang.
8.
Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang-barang.
Barang-barang yang tidak tahan lama dan berlebihan
seperti hasil pertanian boleh disimpan di dalam gudang penstoran sejuk. Keadaan ini dapat mengelakkan kerosakan dan
pembaziran barang-barang.
JENIS-JENIS GUDANG
Gudang
dibahagikan kepada
a.
gudang persendirian, terdiri daripada gudang peruncit, gudang
pemborong, penstoran sejuk, gudang pengilang, dan gudang bayar dan bawa
b.
gudang awam
c.
gudang kerajaan
d.
gudang berbon
1.
Gudang peruncitan
Dimiliki oleh peruncit besar-besaran untuk menyimpan
barang-barang yang dibeli secara pukal daripada pengeluar. Seperti pasar raya, gedung aneka jabatan dan
kedai sejaras. Mereka akan melakukan
kerja-kerja akhir dan memecah pukal dalam gudang tersebut.
2.
Gudang pemborong
Dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan
barang-barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang atau pengeluar. Pemborong akan melakukan kerja-kerja akhir
dalam gudang tersebut.
3.
Penstoran sejuk
Gudang yang dilengkapi dengan alat hawa dingin. Ia digunakan untuk menyimpan barang-barang
yang tidak tahan lama seperti buah-buhan, sayur-sayuran, daging dan ikan
4.
gudang pengilang
Dimiliki oleh pengilang untuk menyimpan bahan mentah
dan separuh siap yang digunakan dalam proses pengeluaran serta menyimpan
barang-barang siap
5.
Gudang bayar dan bawa
Dikendalikan oleh pemborang untuk menjual
barang-barang secara pukal kepada peruncit dengan harga yang murah. Jualan dilakukan secara layan diri. Peruncit terpaksa menyediakan sendiri
pengangkutan dan perlu membayar secara tunai
6.
Gudang awam
Dimiliki oleh kerajaan atau pihak swasta untuk
menyimpan barang-barang yang tidak dikenakan cukai atau cukainya telah
dijelaskan. Ia terletak di pintu masuk
sesebuah negara. Gudang ini turut
disewakan kepada peniaga-peniaga
7.
Gudang kerajaan.
Dimiliki oleh kerajaan yang diletakkan di bawah
badan-badan tertentu seperti FAMA dan LKIM.
Gudang ini akan disewakan kepada peniaga untuk menyimpan barang-barang
mereka.
8.
Gudang berbon.
Untuk menyimpan barang-barang yang dikenakan duti
tetapi dutinya belum dibayar. Gudang
berbon terdiri daripada
Gudang kastam- dimiliki kerajaan di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais dan
Gudang berlesen dimiliki oleh pengusaha
tetapi di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais. Perkhidmatan gudang ini memudahkan perniagaan
antara bangsa
KEPENTINGAN GUDANG BERBON
KEPADA
Pengimport
1.
Membolehkan pembayaran duti ditangguhkan
Duti dibayar apabila barang tersebut dikeluarkan
daripada gudang. Oleh itu jumlah modal
kerja yang terikat pada barang-barang dapat dikurangkan
2.
Membolehkan kerja-kerja akhir dilakukan.
Pengimport boleh memecah pukal, menggred,
membungkus, menjenama dan sebagainya ke atas barang-barang yang disimpan dalam
gudang.
3.
Memudahkan barang dijual.
Barang-barang dalam gudang boleh dijual oleh peniaga
secara sekali gus atau sedikit-sedikit dan pembeli yang akan membayar cukai
import tersebut.
4.
Membantu perniagaan enterpot.
Gudang ini boleh menyimpan barang-barang yang
diimport untuk dieksport semula. Ini
dapat mengelakkan peniaga daripada membayar duti import.
Pengeksport
1.
Menyelesaikan masalah pergudangan.
Boleh menyimpan barang-barang yang hendak dieksport
sementara menunggu di dipunggah ke dalam kapal.
2.
Mengelakkan modal kerja terikat kepada duti.
Meringankan beban kewangan perngeksport kerana duti
eksais tidak perlu dibayar apabila barang-barang buatan tempatan yang akan
dieksport disimpan dalam gudang ini.
3.
Membantu perniagaan enterpot.
Membantu pengeksport menjalankan perniagaan
entrepot. Kerana barang-barang yang
diimport boleh dieksport semula tanpa membayar duti. Sementara itu, pengeksport boleh melakukan kerja-kerja
akhir ke atas barang import yang hendak dieksport semula.
Kerajaan.
1.
Memudahkan pengutipan cukai.
Barang-barang hanya boleh dikeluarkan apabila cukai
dijelaskan, ini dapat mencegah sebarang pengelakan duti kastam.
2.
Memudahkan pemeriksaan barang import.
Pihak Jabatan Kastam dan Eksais dapat mengawal dan
memeriksa barang yang diimport. Ini
memudahkan kawalan ke atas kemasukan barang-barang haram atau yang tidak
dibenarkan.
3.
Mencegah pengelakan duti kastam.
Barang –barang yang diimport perlu disimpan dalam
gudang berbon sehingga dutinya dijelaskan.
Keadaan ini dapat mencegah pengelakan duti kastam oleh pengimport.
4.
Memudahkan data-data perniagaan dikumpulkan.
Membolehkan kerajaan mengumpul maklumat atau
data-data barang-barang import dan eksport.
Ini memudahkan pihak kerajaan menyelaraskan import dan eksport negara.
PERBEZAAN ANTARA
GUDANG BERBON DENGAN GUDANG-GUDANG LAIN
Gudang berbon
1.
gudang dimiliki oleh kerajaan dan pemilik swasta
2.
gudang berbon menyimpan barang-barang import dan eskport atau
barang-barang diletakkan dalam bon
3.
gudang berbon menyimpan barang-barang yang dikenakan duti tetapi
dutinya belum dijelaskan. Biasanya
dimiliki oleh pengimport dan pengeksport.
4.
Gudang berbon dikuasi dan dikawal oleh Jabatan Kastam dan Eksais.
5.
Barang-barang dalam gudang berbon tidak boleh dikeluarkan sehingga
dutinya dijelaskan. Barang-barang dapat
dikeluarkan apabila mendapat kebenaran atau dengan kehadiran pegawai kastam
6.
Biasanya gudang berbon terletak di pintu masuk negara, seperti
pelabuhan, stesen kereta api dan lapangan terbang.
7.
Pemilik gudang perlu menandatangani perjanjian (bon) dengan Jabatan
Kastam dan Eksais untuk menjamin supaya
barang-barang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjelaskan dutinya.
Gudang-gudang lain
1.
Gudang dimiliki secara persendirian oleh peruncit, pemborong dan
pengilang
2.
Gudang-gudang lain menyimpan barang-barang keluaran tempatan, eksport
dan import
3.
Gudang-gudang lain menyimpan barang-barang yang tidak dikenakan duti
atau dutinya telah dijelaskan sebelum dijual oleh peniaga atau pengilan.
4.
Gudang-gudang dikuasai dan dikawal oleh pemilik itu sendiri.
5.
Membolehkan pemilik gudang mengeluarkan barang-barang pada bila-bila
masa mengikut permintaan pengguna
6.
Gudang-gudang bebas diletakkan di mana-mana sahaja, asalkan dapat
memberi kemudahan kepada pengguna.
7.
Pemilik gudang tidak perlu menandatangani perjanjian dengan Jabatan
Kastam dan Eksais. Membolehkan mereka
tidak terikat dengan Jabatan Kastam dan Eksais.
Pemilik gudang hanya perlu mendapatkan lesen daripada kerajaan.
CIRI-CIRI GUDANG
YANG BAIK
1.
Pengurusan dan sistem rekod yang baik
Gudang yang baik perlu mempunyai sistem rekod yang
lengkap dan teratur, segala aktiviti keluar masuk barang direkodkan dalam buku
stok ataupun komputer
2.
Keselamatan yang kukuh.
Barang-barang yang disimpan perlu dilindungi
daripada risiko kerosakan, kebakaran dan kecurian. Seperti menyediakan alat pencegah api,
pengawal keselamatan dan alat penggera
3.
Kesesuaian gudang dengan barang.
Iaitu barang yang cepat rosak seperti daging perlu
disimpan dalam gudang penstoran sejuk.
Sementara gudang berbumbung tanpa dinding sesuai untuk menyimpan kayu dan
papan. Hal ini dapat menjamin
keselamatan barang.
4.
Ruang dan susunan barang
Setiap gudang perlu mempunyai ruang yang luas,
membolehkan barang-barang disusun dengan teratur dan kemas seta memudahkan
kerja-kerja akhir dilakukan dalam gudang tersebut.
5.
Alatan dan mesin yang canggih.
Membolehkan barang-barang disimpan dan dikeluarkan
dengan mudah. Kelengkapan khas seperti
trak pengangkut, forklif dan troli digunakan untuk mengendalikan barang-barang
dengan cepat, cermat dan selamat
6.
Lokasi yang strategi.
Iaitu di tempat senang dihubungi oleh semua pihak
yang terlibat. Seperti pelabuhan, stesen
kereta api dan lapangan terbang.